Status ♥
Aku masih berusaha untuk menjadi yg terbaik. Bantu aku wahai sahabat :')
.. همبا اللة
Ta'aruf


السلام عليكم. Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yang tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu. Aku bukan sesetia Khadijah. Aku bukan setaqwa Fatimah. Aku bukan sepintar Aisyah. Aku bukan sehebat Sumayyah. Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.


Entries Ta'aruf Linkies ask.fm

Tazkirah Pendek

"/>"Aku adalah anak-anak panah Islam, lontarlah aku kemana saja, aku pasti berjuang untuk Islam". - Saad bin Abi Waqas -
Follower

Tagboard

p/s;ZON JAGA MULUT :o

Aku akan kesini suatu hari nanti. Aminn :)


Basahi lidahmu dengan zikrullah..

Credits

Template by : Farah Dini
Basecodes by : Nurul AtiQah
Edited by : Cik Aeyda
Others:

-----------------------------------------
Copyright© by Farah Dini 2012
-----------------------------------------

Penghijrahan : Tudung Labuh
Bismillahirahmanirrahim. InshaAllah, moga Allah permudahkannya bagiku. Merahmati tindakan aku ini untuk terus istiqamah di jalanNya.

Suatu malam, di bilik. Adik-adikku ketawa.

'Kakngah, besarnya tudung..'

Seorang lagi mencelah.

'Macam hantu..labuh macam telekung, kakngah!' (sambil memakainya di kepala mereka dan berterusan ketawa)

Maklumlah, budak kecil. Semuanya lawak bagi dorang. Apa yang mereka fahamkan di usia sebegitu? Sungguh aku tercuit hati. Nak tergelak pun ada melihat gelagat mereka. Suatu hari nanti, bila mereka sudah besar inshaAllah mereka akan mengerti kenapa kakak dorang ini memilih tudung 'khemah' ini.

Jadi, inilah kesimpulan yang aku buat setelah lama berhempas-pulas mencari identiti diriku. Pada usia 18 tahun, adalah kali pertama aku memilih untuk bertudung labuh kerana aku dapat merasakan kelainan, keistimewaan muslimah-muslimah di luar sana apabila menyarungnya. Tudung labuh itu seperti ketenangan, menzahirkan peribadi yang sejajar dengan akhlak Islamiyyah. Aku yakin, imej diri ini diredhai olehNya. Alhamdulillah, tiada halangan tiupan taufan daripada keluarga yang aku terima.


Niat di hati, bukan nak tunjuk baik, ataupun mahu riak diri. Sekadar ingin berkongsi dengan muslimat di luar sana, keistimewaan bertudung labuh seperti yang digariskan dalam Islam. Moga dengan penulisan ini dapat membantu awak-awak (muslimat lah of course) yang sedang membaca ini untuk terus kuat dalam menegakkan pemakaian muslimah yang sebenar.

"Jikalau barang berharga, lantas manusia menyimpannya di dalam almari kaca. Begitu juga perumpamaan bagi seorang wanita."


Tak perlulah aku bercerita panjang lebar mengenainya, sangat cliche kan? Tapi, bagi aku ayat tersebut sangat mendalam dan bermakna untuk aku. Aku dapat merasakan perbezaannya, dahulu aku yang bertudung biasa sahaja (tidak sempurna lagi penutupan auratnya), dan aku yang sekarang. Aku percaya, dengan tudung labuh ini inshaAllah akan melindungi aku daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya, menjauhkan aku daripada fitnah, mengelakkan daripada siulan lelaki serta mata-mata yang tidak dijaga meliar melihat diriku. Bermujahadahlah dalam menjaga syariat Islam, pasti Allah SWT akan menolong kita menjauhi daripada orang-orang yang jauh denganNya.


Tudung labuh ini juga membentuk dalaman aku dari hari ke hari. Ia mengajar diri menjaga akhlak sebaik mungkin agar tidak menconteng arang di muka para muslimah yang ikhlas bertudung labuh untuk mendapat keredhaan Allah di luar sana. Jujur aku katakan, apabila berada di khalayak ramai akanku jaga diri ini serapi yang mungkin. Jaga adab percakapan aku. Jaga cara 'gelak', adab pergaulan, ikhtilat dan jaga kesemuannya agar terpelihara akhlak Islamiyyah yang sebenar. Bukan mahu 'hipokrit' atau berlakon semata-mata, tapi dengan cara itulah dapat mendidik aku untuk menjadi muslimah yang lebih baik daripada sebelumnya.


Di setiap langkah menuju Ya Rabb, pasti dihantarNya sebuah ujian untuk menilai keikhlasan hati. Ha, pakai tudung labuh, handsock, stokin sejujur-jujurnya panas. Allahu. Ini bukan mengeluh atau merungut ya, tapi ini adalah salah satu ujian untuk aku dan mungkin bagi para muslimah yang lain juga. Betul tak? Dengan kepanasan, mesti berpeluhkan? Justeru, this thing lah yang ajar diri aku untuk jadi seorang yang rajin, semangat nak basuh selalu dari tudung sehinggalah stokin dan didik diri menjadi seorang yang pembersih. Secara zahirnya memakai tudung labuh ini sememangnya panas, lagi-lagi musim di Malaysia ini. Dalamannya pula? Sejuk.


Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan penghijrahan ini. Moga istiqamah dan mugkin lepas ini boleh jadi ninja girl (niqabis) pula? Mohon diberi hidayahBagi muslimah yang mempunyai niat untuk bertudung labuh teruskanlah perjuanganmu itu. InshaAllah kita akan bahagia. Biar panas di dunia, asalkan dapat 'menyejukkan' di akhirat.





Ingin saya petik sebuah petikan dari seorang muslimah, tudung labuh tu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan seorang wanita. Tudung labuh itu juga bukanlah satu jaminan untuk dia masuk ke syurga tapi dgn tudung labuh itu membuatkan dia sentiasa berusaha untuk berubah menjadi seorang muslimah solehah yang Penciptanya mahukan. Dia mahukan sayang, cinta dan redha Allah itu tersemat dalam hatinya setiap masa. InshaAllah. 

Tudung labuh itu juga bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati juga terjaga, akhlak terpelihara, dan akidah makin teguh padaNya.


:)


2 Comments:

Reply To This Comment
Blogger ✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

Saya doakan awak istiqamah di JalanNYA. dan semoga berjaya hingga ke syurga :)

3 August 2013 at 22:08  
Reply To This Comment
Blogger Aeyda Ida said...

InsyaAllah .. syukran ya ukhti :)

4 August 2013 at 07:02  

Post a Comment

Ruang Komen disini :)