|
Ta'aruf
Tazkirah Pendek Follower Tagboard p/s;ZON JAGA MULUT :o Basahi lidahmu dengan zikrullah.. Credits Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Cik Aeyda Others: ♥♥♥♦-----------------------------------------♦
| Saya Anak Merdeka !
![]()
Hehe , lama dah Ida tak update blog kan? Serius Ida tak ada masa nak update pape cerita kat blog ni sebab sibuk dengan asrama, homework and sebagainyalah. Ida tak kesah korang nak baca atau tidak entry Ida kali ni, sebab Ida tahu mesti ramai yang masukkan hal-hal politik masa baca ni nanti. Tapi, sebenarnya Ida update ni sebab nak sematkan semangat patriotik dalam diri pembaca-pembaca khusunya kepada Ida sendiri. okay, dengan lafaz "bismillahhirrahmanirrahmi" , Ida mulakan :-
Tanggal 31 Ogos 1957, tarikh yang sangat berharga untuk kita rakyat Malaysia, terdengar laungan 7 kali "Merdeka!" dimana semua rakyat pada masa dahulu sangat gembira dan bersyukur kerana benda Union Jack telah diturunkan serta digantikan dengan Jalur Gemilang. Ya Allah, takkan dapat ku bayang betapa gembiranya waktu itu. Disebabkan arwah datuk Ida dulu seorang polis, maka dia pun terlibat sama dalam peperangan mempertahankan Tanah Melayu. Atuk pun pernah cerita yang dia pernah terkena tembakan sewaktu berperang dahulu. Sehingga meninggalkan kesan dibelakang bahunya. Alhamdulillah, aku masih berpeluang mengenal atuk dan berkongsi cerita sewaktu zaman peperangannya dulu.
Atuk pernah menjadi 'bodyguard' orang British ketika tahun 1962 di Johor. Atuk pun pernah pesan supaya jangan lupakan sejarah Tanah Melayu masa tuh. Mak pun kata, biar apa pun jenis politik kita, tapi jangan lupa erti kemerdekaan. Jangan sebab berlainan politik, kita lupa bagaimana kita mula-mula inginkan kemerdekaan dulu.
"Dulu lain, sekarang lain."
Ida tak suka kalau dengar orang kata macam tuh. Dulu atau sekarang, kita tetap kena berterima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang mempertahankan Tanah Melayu pada zaman peperangan dahulu. Dan khususnya bersyukur kepada Allah kerana kurniakan negara yang aman dan damai. Ida harap, semangat patriotik takkan pernah luntur. Tetapi, tolonglah jangan cemarkan malam kemerdekaan ini dengan zina mahupun pergaulan bebas. Assalamualaikum :)
"Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!" ![]() |
0 Comments:
Post a Comment
Ruang Komen disini :)