|
Ta'aruf
Tazkirah Pendek Follower Tagboard p/s;ZON JAGA MULUT :o Basahi lidahmu dengan zikrullah.. Credits Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Cik Aeyda Others: ♥♥♥♦-----------------------------------------♦
| Allah sedang menguji kita ♥
![]()
Namun, ramai manusia mengeluh apabila menerima dugaan. Mereka tak pernah sedar bahawa setiap dugaan yang Allah turunkan tu, pasti ada hikmah dan rahmat disebaliknya. Ketika diri diuji kita tertanya-tanya mengapa perlu diuji? Mengapa ketika orang lain sedang bersenang-lenang, bergembira, kita pula yang berdukacita? Mengapa kita yang kena, orang lain tak kena?
Allahuakbar!!
Memang terasa berat untuk menghadapi dan menerimanya dengan hati yang tabah, namun itulah lumrah hidup sememangnya dipenuhi ujian. Ujian datang bertamu tak siapa tahu, apatah lagi meminta. Manusia tidak diuji setiap masa dengan kesusahan , bukan juga kesenangan. Bahkan ada masa dan ketikanya, kita tak pernah menjangka akan berlaku ujian sebegitu rupa. Kadangkala kita sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang diuji. Allah S.W.T tak akan menguji hamba-hambaNya sesuka hati. Dia Maha Mengetahui. Jika Dia menghendaki seseorang itu ditimpa ujian, maka datanglah sesuatu ujian itu dalam apa jua bentuk seperti kesusahan, kesenangan, kesakitan dan musibah. Allah S.W.T Maha Mengetahui. Dia tahu hambaNya itu boleh menghadapi ujian itu dengan baik, sebab itulah Dia mengujinya. Semua itu adalah supaya Allah S.W.T tahu siapakah dalam kalangan hambaNya yang paling terbaik amalan. Allah S.W.T berfirman:
"Jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga. Disitulah, kita memerlukan Sabar"..Wallahu a'alam .. ![]() |
1 Comments:
Semoga bermanfaat ^^
Post a Comment
Ruang Komen disini :)