|
Ta'aruf
Tazkirah Pendek Follower Tagboard p/s;ZON JAGA MULUT :o Basahi lidahmu dengan zikrullah.. Credits Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Cik Aeyda Others: ♥♥♥♦-----------------------------------------♦
| Ayuh! Ayuh! Ayuh!
![]() "Aku ingin menjadi solehah. Lillahi ta'ala"In sha Allah, dengan keikhlasan diri untuk menjadi solehah lillahi ta'ala. Bukan demi niat inginkan zauj soleh. Tapi untuk mencari keredhaanNya. Sebab ramai yang mampu menjadi muslimah, tetapi tak semua yang mampu untuk meraih solehah. Tapi, bila diri ini sentiasa berdoa serta berusaha in sha Allah boleh. Yang paling penting sekali, solehah kepada kedua ibubapa. Kerana keredhaanNya terletak kepada keredhaan ibubapa. Macam mana nak jadi solehah even ibubapa diabai? Ingat! Setiap apa yang ibubapa minta tolong kepada kita, ianya tidak sesukar melahirkan kita. Ianya tidak semudah bekerja keras bermandi peluh untuk mencari makan untuk kita. Setiap yang ibubapa nasihat kepada kita adalah nasihat yang ikhlas. Jika nasihat dia kita asyik melenting, macam mana nak jadi solehah? Allahu, pada pendapat ana, nasihat daripada ibubapa jauh lebih baik daripada nasihat yang diberi oleh orang lain. Walaupun ibubapa kita bagi 'tazkirah' pagi petang, bukan sebab benci. Kita sebagai anak, bila berdoa.. jangan pernah lupa doa untuk kedua ibubapa. In shaa Allah ada keberkatan. ![]() |
0 Comments:
Post a Comment
Ruang Komen disini :)