|
Ta'aruf
Tazkirah Pendek Follower Tagboard p/s;ZON JAGA MULUT :o Basahi lidahmu dengan zikrullah.. Credits Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Cik Aeyda Others: ♥♥♥♦-----------------------------------------♦
| Hijrahkan diri
![]()
Dulu diri aku ini jahil. Jahil sangat. Sampai abaikan perintah Allah. Aku buat apa yang aku suka, seolah-olah aku merasakan dunia ini selama-lamanya. Tapi sekarang, aku tidak mahu perkara itu berulang. Jadi bantulah aku sohabah, bantulah aku dalam setiap perkara. Sambutlah tangan ku andai aku terjatuh kejuram yang sama. Kerana aku belum cukup tabah untuk bangun dengan sendiri. Tegurlah aku dikala diri aku ini terleka. Aku memerlukan kawan yang mampu memperbetulkan diri aku ini. Bukan hanya sohabah yang ada di waktu senang dan hilang begitu saja ketika aku memerlukan. Jadi, tolong wahai sohabahku, bantu aku. Bukan dengan menghina aku, bukan dengan mencaci aku, tapi dengan mengajar aku tentang 'kenapa aku masih dihidupkan hari ini'. Kerana aku tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Aku hanya memerlukan sohabah untuk melengkapkan diri ini yang serba kekurangan. Siapa aku yang dulu? Bagaimana aku yang dulu? Siapa peduli. Tak, jangan pernah kau peduli. Malah tolong lupakan aku yang dulu. Beri sedikit peluang untuk aku berubah. Mencari redha Allah.
![]() |
0 Comments:
Post a Comment
Ruang Komen disini :)